Akad nikah dan majlis resepsi - Kelantan

Assalammualaikum


Masa nak tapis gila banyak punya gambar ni tetiba rasa macam seronok pula tengok balik semua gambar. tak boleh la semua nak upload sini. Simpan buat kenangan abadi sendiri sudah. Just masuk kan sikit mana yang ada on that SWEET MOMENT... eceh... taip entry sambil rasa segan.. Aku sah jadi isteri dia pada 11/8/2013 dengan sekali lafaz.. kami nikah dekat masjid, acara pembatalan air sembahyang pula buat dekat rumah.



Paling suka pelamin dan warna baju kami, bridal dan makeup dari Ratu Bridal Kok Lanas Kelantan.. Pelamin aku pilih yang simple dan bunga2 je, memang tak nak ber panel. Bagi aku cantik dan sweet, korang aku tak tau la taste macam mana. Warna baju dark purple (purple manggis) tu memang aku yang nak sangat warna tu. Mostly orang nak warna pastel tapi aku punya confident nak pakai juga warna gelap tu tinggi sangat so tadaaaaaaaaaa~ terhasil la warna ni. Rindu pula saat ni.. lallallalalaaa.... tak puas belek gambar kahwin ni haaa... 
   


Outdoor buat dekat Masjid Kg Laut Nilam Puri, masjid penuh sejarah ni. Time ni dah gila penat so memang pergi outdoor dekat2 je. Baju outdoor memang ambil color pastel, ikut kan hati memang aku nak pakai emerald green/electric blue. Both pun color gelap tapi macam tak adil la sebab sanding dah warna gelap kan. So bagi la fair sikit.. hahaha. Bridesmaid aku yang gorgeous pun harus ikut.. Bukan main lagi dorang posing.


Semua gambar ni unedited, fresh dari camera photographer sebab yang edit ke apa tu semua aku tak dapat lagi tapi kira okay la kan dan macam biasa last event mesti la buka hadiah kahwin. Jutaan terima kasih untuk semua yang memberi, akan digunakan sebaik mungkin. Siap lesung batu aku dapat tapi serius sangat berguna. Masa buka lesung batu tu memang kaw kaw la kena gelak. Hadiah teristimewa dari sepupu aku yang bertuah sangat2 tu.. Hahahah...



Kahwin memang best woooooo... Penat buat preparation semua tu hilang terus.. kalau nak tau sila lah kahwin.. hehheheeh ^__^


psstt : kurus gila aku masa ni...


Bridal by Ratu Bridal Sense & Craft
Official photographer by SR Media



2 comments

  1. hee tahniah ye..

    nak kawin tp masalahnya calon takde lg. hee

    ReplyDelete
  2. pelamin tu cantik lah, simple but nice

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...