Permohonan nikah lelaki selangor dan perempuan kelantan

Assalammualaikum



Nak update wedding story sikit, checklist wedding sudah.. ujian HIV yang wajib before kahwin pun sudah. List photographer area kelantan pun sudah. Cara permohonan nikah pengantin perempuan kelantan dan pengantin lelaki selangor nak kena update juga ke? Masa mula-mula dulu aku sendiri pun blurr sebab anak sulung kan dan nak kahwin pula dengan orang dari negeri lain so prosedur dia agak aneh. Nak tanya saudara mara pun mostly kahwin orang kelantan juga. Masa ni memang agak gigih google sana sini, mungkin aku patut explain sikit atau bagi tips je ke.


Cara permohonan masih sama secara generalnya iaitu;

  • Bakal pengantin lelaki harus membuat permohonan nikah dekat pejabat agama di daerah masing-masing cuma yang berbeza sikit jika kahwin dengan perempuan dari negeri lain so perlu permohonan bernikah di luar negeri juga. Saksi masa sign surat ni masih seperti biasa iaitu 2 orang saksi. 
  • Selepas permohonan pihak lelaki sudah disahkan tu boleh dibawa ke pejabat agama/ tok imam kawasan daerah pihak perempuan pula untuk permohonan seperti dibawah;






Persiapan bakal pengantin perempuan (kelantan)

1) Ambil borang permohonan nikah dekat tok imam daerah masing2... borang permohonan nikah kelantan seperti gambar diatas yang berwarna hijau tulisan jawi... boleh wakilkan ayah/pakcik/saudara tolong ambilkan borang nikah... boleh isi rumi / jawi.. janji isi... tapi AWAS... borang ni berkarbon so hati2 masa isi sebab aku sampai kena minta 2 kali borang... tertindih borang belakang masa isi... T___T

2) Bila siap lampirkan sekali 1 gambar passport.. tak pasti la ciri2 gambar passport tu macam mana... setahu aku biar yang menutup aurat...

3) Makesure ada original sijil kursus kahwin dan 1 photocopy sijil kursus kahwin... submit dua2 sekali..

4) Keputusan ujian HIV.. ini aku ada masalah besar yang nyaris tak dapat nikah hari tu...

ujian HIV sah sah la aku first time buat kan so aku tak tahu la result tu dalam bentuk macam mana... apa yang klinik kesihatan tu bagi aku ambil je la tanpa banyak soal... alih2 pejabat agama kelantan tak terima sebab dekat result aku tu doktor tak ada mention RESULT NEGATIF/POSITIF!!! lagi seminggu nak kahwin kau dan dekat cuti raya masa tu.. tinggal 3hari bekerja masa tu.. fuhhh... result laki aku pun sama tak mention... mak aku kelam kabut la.. nak pos ke selangor balik tak sempat... nk proses pun ambil masa 3 hari.. last2 bawak pergi hospital kelantan minta doktor sana sahkan je... nampak simple tapi boleh jadi tak dapat nikah tahu... pengajaran... after dah dapat result tu makesure ada tulis RESULT... itu saja.. mungkin negeri lain terima la kot tapi pejabat agama kelantan tak terima...



Rasanya itu saja kot, tak ada la rumit mana sebenarnya tapi kalau satu apa pun tak tahu memang la rumit jadinya.. ehh baru perasan.. original sijil kursus kahwin pun submit sekali ek?? hahhaha... bawah ni aku masuk sekali prosedur permohonan nikah generally dalam Malaysia ni.. tapi tips yang aku boleh bagi.. better tanya orang kampung di daerah masing2..


Berikut adalah prosedur persediaan untuk permohonan perkahwinan di Malaysia :

1. Sediakan dokumen-dokumen rasmi secukupnya. Dokumen-dokumen tersebut adalah:

Salinan IC
Salinan Surat Beranak
Salinan Surat Nikah Ibubapa
Salinan IC wali
Gambar pasport bersongkok/bertudung
Salinan Sijik Kursus Pra-perkahwinan
Kebenaran majikan bagi anggotan Polis dan Tentera
Surat pengakuan bujang dari majikan atau Ketua Kampung (lelaki sahaja)
Surat cerai jika pernah berkahwin sebelum ini
2. Menghadiri kursus pra-perkahwinan.

3. Dapatkan wali.

4. Menjalani ujian HIV. Prosedur ini wajib dilakukan hanya di hospital kerajaan sahaja.

5. Permohonan kebenaran berkahwin di Jabatan Agama Islam Negeri.

6. Pendaftaran perkahwinan anda selepas majlis akad nikah. Prosedur ini hendaklah dilakukan dalam masa 7 hari dari tarikh anda bernikah.

Itulah dia beberapa langkah dan prosedur yang wajib anda lalui jikalau ingin berkahwin. Anda boleh rujuk Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing anda untuk maklumat lanjut.


7 comments

  1. Nak tanya..untuk setiap salinan tak kira ic atau sijil..perlu disahkan dlu ke??ke bleh submit mcm tu je??

    ReplyDelete
  2. tak perlu sahkan.. just submit skali je

    ReplyDelete
  3. salam .nk tnya ..sy punya result hiv test pn xde mention positive or negative kt kertas .so nk buat cmne ye since awk ckp kt klntan x terima kertas tnpa result .btw sy asal klntn n bakal asben selangor. sy buat test kt shah alam. what should i do?
    mohon bantuan .tq

    ReplyDelete
  4. bawa result tu buat pengesahan dkt klinik/hospital area kelantan

    ReplyDelete
  5. salam..bg y kt kelantan tu kne wt HIV test kt klantn je ke,atau bley pegi hspital krjaan negeri mane2?

    ReplyDelete
  6. buat masa ni, setahu sy kalau warga kelantan kena wat d ngeri kelantan

    ReplyDelete
  7. as salam.. nk mntak tlong skit bleh? fatin

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...