Supplemen untuk Ibu hamil

Assalammualaikum


Setahu aku lah setiap orang doc bagi ubat berbeza tapi bergantung kepada individu tu sendiri.. Kalau doc bagi satu je ubat tu jangan gelabah sangat (macam aku) sebab risau baby tak dapat bekalan secukupnya ke apa.. Tapi sebab tak ada pengalaman dan knowledge pasal ubat ni so memang risau kot sampai aku pergi google supplemen tambahan untuk ibu mengandung.. Aku pernah call direct doctor kerajaan (kenalan) tanya pasal supplemen tambahan ni perlu ke dan apa yang dia explain dekat aku ialah yakin la pada apa yang doc bagi tu. Doc dah bagi yang secukupnya ikut keadaan individu tu punya tahap kesihatan juga.. Tapi kalau google supplemen tambahan semua sembang shaklee.. Hurmmmm.. Tak mau komen lebih.. Pilihan ditangan anda..


Aku checkup dua tempat, klinik kesihatan dan putra medical centre (PMC) sg buloh sebab tak decide lagi nak bersalin mana so better refer je dua tempat ni dulu.. Bagi aku kk bagus sebab checkup details ibu dan free je so pergi je la kan.. PMC sebab scan detail baby so kita tau macam mana keadaan baby setiap bulan. Dua2 pun ada kelebihan la.. Untuk anak pertama ni aku punya tahap curiousity tu tinggi so aku decide follow up je dua2.. Hahaha.. 


Ni antara ubat yang aku dapat sepanjang pregnant sehingga kandungan 5bulan.. Next mungkin akan bertambah tapi so far aku makan yang ni je.. 

Asid folik

Sepanjang 1st trimester (1-3bulan) PMC dan KK hanya bagi aku asid folik tapi biasa aku ambil ubat dekat KK then dekat pmc checkup je tak perlu ambil ubat dah kalau ambil pun nak buat apa ubat banyak2.. Hahaha.. Asid folik even tak pregnant pun boleh makan, bagus untuk yang nak kahwin, baru kahwin dan merancang nak anak.. Ni based dari apa yang aku baca la.. 


Zincofer

Start 2nd trimester, KK bagi aku zincofer then boleh stop makan asid folik dah masa ni.. Biasa dulu bagi obimin kan warna pink tapi sekarang klinik kerajaan dah tak supply obimin tapi tukar dengan zincofer.. Nurse kk cakap fungsi zincofer sama je dengan obimin so jangan terkejut sangat kalau dapat ubat ni.. Dulu zincofer untuk orang yang kurang darah.. Tapi sekarang zincofer untuk 2nd trimester.. Mula2 dulu aku pun confuse dapat ni sebab tanya member yang pernah pregnent kata patut dapat obimin.



Multivitamin (elepro)

Tapi PMC pula bagi aku multivitamin masa start 2nd trimester.. Ni nama nya elepro (tak pasti ejaan dia).. PMC pun dah tak bagi obimin ye.. Masa checkup 5bulan baru aku minta explaination dekat doktor pmc antara nak makan zincofer/multivitamin dan tunjuk sekali zincofer aku dapat tu then doc kata kalau makan zincofer pun ok nak makan multivitamin saja pun ok dan nak makan dua2 pun ok juga.. Cuma zincofer akan menyebabkan najis berwarna hitam.. Aku dulu mula2 ingat sebab pregnant najis hitam.. Rupanya sebab zincofer.. Hahaha.. 


Sepanjang 4bulan aku just consume salah satu ubat ni je.. Sebab risau takut overdose

Calcium

Masuk checkup 5 bulan doktor PMC dah mula bagi aku ubat calcium pula. Ni untuk kuatkan tulang dan nak elakkan cramp.



Gano Excellium 

Pil ni kalau korang google mesti tak jumpa review sangat dan kalau jumpa pun dah macam iklan MLM dah.. hahaha... ni legend kot bagi aku sebab sepanjang mama aku pregnent adik2 aku dia consume excellium.. dulu mana ada internet nak iklan kan kebaikan supplemen ni so tak banyak la review pasal supplemen ni kat internet. Aku tengok apa mama aku consume then yang tu aku ikut sebab tengok hasil dekat adik2 aku juga.. hahaha.. susu lak ambil susu kambing hi-goat tapi sebab mama aku tak berapa minum susu so dia ambil pil susu kambing hi-goat.. yang ni aku cari tak jumpa lak.. tak pasti kalau kat stokis dia ada jual lagi ke tidak.. susu kambing hi-goat still ada laa..
Excellium ni bagus untuk otak baby dalam perut.



EXCELLIUM

Dihasilkan daripada Miselia Ganoderma lucidum yang membekalkan spektrum larutan elemen, mineral dan enzim. Amat sesuai untuk membantu perkembangan fungsi otak dan kecerdasan minda kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Berikut adalah antara manfaat Excellium yang dikatakan memberikan nilai kesihatan terhadap sistem tubuh badan seperti :-

- Membantu perkembangan fungsi otak dan kecerdasan minda.
- Membantu menguatkan sistem ketahanan badan.
- Bertindak sebagai agen anti tumor untuk mencegah ketumbuhan.
- Membantu membersihkan keracunan larutan air dalam badan.
- Membekalkan zat galian bagi keperluan sistem badan.
- Membantu membekalkan oksigen yang tinggi ke dalam badan dan sistem saraf terutama otak.
- Membantu memulihkan fungsi pankreas untuk menurunkan paras gula dalam darah.
- Membantu meningkatkan metabolisme badan.
- Membantu membekalkan tenaga dan menghilangkan kelesuan.
- Membantu meningkatkan kecantikan dan kesihatan kulit.


So far sepanjang aku pregnant ni just consume ubat2 ni saja.. kalau google ramai orang ambil shaklee instead of ubat doktor bagi.. Pilihan masing-masing kan, aku lak tak berapa nak berani makan ubat lain selain yang doktor bagi tapi ada juga niat nak cuba tu.. sekarang just makan 3 ubat je sehari.. zincofer/multivitamin, calcium dan excellium.. Next supplemen aku nak try salindah dengan neurogain tapi lepas aku tanya doktor la sebab ritu tak sempat nak tanya pasal 2 jenis ni lagi.. Mostly cakap ambil neurogain PB masa 7 bulan keatas so sempat lagi untuk aku kan..


For details boleh rujuk blog Dr Zubaidi > http://drzubaidi.com/blog/?p=2545

1 comment

  1. Salindah ok sis.. sy mngandung mmg ambk salindah.. ubt klinik pn sy mkn jgk..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...