Survey set berpantang

Assalammualaikum


Sekarang dah nak masuk 6 bulan pregnant so dah mula survey set untuk berpantang.. Antara set berpantang yang menjadi pilihan.. 


Tanamera (RM360)


Set berpantang ni ada 11 produk.. Testimoni paling banyak kata bagus part VCO dan boleh apply dari 30 weeks lagi.. Aku punya perasaan excited tu macam biasa laaa.. Tak reti nak sabar padahal baru 23 weeks.. Even breastfeed baby pun boleh guna tanpa was was.. 


Nona roguy (RM300)


Set ni pun ramai kata bagus.. Dia punya pil tu memang akan bagi kita cirit birit sikit tapi ada orang tak tahan.. Lepas bersalin kan paling takut part nak berak (baca testimoni) hahaha.. 


Alfiat (RM80+)


Ni member office ramai suggest juga.. Aku survey dari pengalaman orang lain juga.. Ramai pakai produk apa, kalau main search je memang berlambak dekat  kedai macam2 brand.. Tapi tak berani la main sebat je kan. 


So far yang aku berkenan 3 produk ni.. Set berpantang salindah dan set berpantang shaklee aku tak masuk dalam list ni sebab aku tak prefer pil2 sangat.. Tapi tak tahu la nanti takut tak tahan sangat nak pakai berempah2 tu last2 aku telan je pil2 ni kan.. Haha.. Lepas discuss dengan orang2 lama dan berpengalaman semua suggest ikut la style kampung kalau boleh.. Makan jamu, berpantang betul2.. Badan nak pakai lama wehh.. Seksa memang seksa dorang kata tapi fikir la masa depan.. Macam scary kan.. Haha. 

Kalau jumpa set pantang dari bidan kampung baik guna je yang dorang buat tu lagi elok tapi cari yang betul2 pakar la kan.. Mama aku dah cari juga bidan kampung untuk jaga masa pantang nanti siap dengan set pantang dia.. Maybe set pantang ni aku akan beli loose item mana yang dia takde aku ambil cuma tak pasti lagi mana yang elok.. Pening juga ye.. Kalau ikut testimoni semua pun terbaik.. Dan kalau boleh semua ni pun nak, tamak gila.. Hurmmm.. Rasa nya mana okay ek? 



No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...