PD short trip (15-17 April 2016)

Boleh kata setiap tahun wajib pergi Port Dickson dan stay dekat Ancasa Resort Allsuites Port Dickson.. Ni dah jadi favorite place kalau pergi PD.. Boleh kira macam our annual family day sebelah husband aku.. 


Ancasa Resort bagi aku sangat selesa untuk family gathering.. Dia macam apartment/homestay sebenarnya.. Kali ni sebab masing2 dah berkeluarga dan ramai yang ada baby so kami booking 3 apartment 2 bilik dan 1 apartment 3 bilik.


Tempat dia strategik dan sangat dekat dengan pantai tapi kali ni tak dapat blok yang hujung sekali mengadap pantai.. Full house.. Tak boleh booking bilik mana.. Just dorang terima booking slot date, jenis dan berapa unit apartment je.. Masa check in baru tahu dapat blok mana semua.. 



Yang menarik lagi pasal Ancasa ni dia ada 2 swimming pool dan 1 private pool (tapi ni selalu aku tgk tutup je).. Ada padang dan flying fox.. Kebanyakan yang datang biasa untuk event sebab dorang ada banyak kemudahan.. 


Ni view dari garden.. Anak aku tak senang duduk dalam bilik dah.. Asyik ajak keluar main je so layan kan je.. Seronok dia main dekat padang yang luas ni.. Taman dia cantik sangat.. Walaupun sekarang musim panas tapi cuaca masa ni agak redup dan banyak pokok so aku biarkan je anak aku main kat taman tu.. Heheh.. 





Masa ni kalau tak silap aku pukul 4petang kot.. Orang lain tengah sedap tidur dia ajak main.. Ada kolam ikan yang cantik ala bali style.. 





Ni swimming pool yang agak tertutup.. Khas untuk budak je sebab tak dalam mana pun tapi petang tu kami je conquer situ.. Hahaha sebab takde orang.. Maybe ramai taktau.. Aku tau pun kebetulan masa jalan dekat taman dengan anak aku.. Hehehh.. Ada bagus juga anak aku ajak main.. 



Ni swimming pool utama yang besar dan ramai gila orang.. Anak aku mula2 takut lepas tu tunjuk hero.. Berani betul dia main selam je pastu lompat dalam pool.. Kalau takde orang macam mana.. Luruh jantung mak nak oiii.. 


Lastly gambar pantai laaa.. Dah kata pergi PD.. Masa ni dalam pukul 11pagi tak ramai orang lagi.. View pun subahanAllah cantik sangat.. Petang yang penuh orang.. 


Lupa nak mention.. Breakfast included.. Makanan not bad.. Kalau nak makan dekat luar pun tak risau sebab banyak kedai makan sepanjang area PD tu.. 


Sekian... Short PD trip kami ❤️





No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...