Cara mengayakan Blazer untuk wanita

Cara mengayakan Blazer untuk wanita (ways to style blazer for women)

Biasa nya aku suka cardigan dari blazer sebab blazer ni kebanyakkan nampk formal. Mungkin zaman dulu dan sekarang berbeza kan.. Blazer pun banyak yang stylo dan boleh digayakan dengan semua acara kasual dan juga formal. Sejak kerja ni aku dah makin suka blazer. Beza dengan cardigans, blazer merupakan jenis outerwear yang paling sesuai untuk digayakan bagi acara kasual dan majlis formal. Sekarang boleh la start usha style blazer yang ada... hahah





Mungkin ramai yang masih teragak-agak nak pilih blazer sebagai pilihan outerwear wanita sebab fabrik yang agak tebal dan potongan yang tidak loose seperti cardigans, tapi dengan penggayaan yang betul, korang pastinya boleh tampil bergaya dan menyerlah. Try check style dan gaya simple yang boleh jadi inspirasi untuk pilih koleksi dekat blazer wanita sebagai pilihan outerwear korang. Let’s check this out!




Apa kata try ubah penampilan kasual dengan hanya pakai jeans dan tshirt jadi smart casual dengan sarung blazer dekat luar macam gambar atas tu. Terus nampak macam selebriti kan.. Gaya yang cukup ringkas ini boleh digayakan ketika hujung minggu atau ke pejabat (untuk pejabat yang membenarkan pekerja berpakaian smart casual).



Tahu apa lagi gaya smart casual yang boleh korang gayakan bersama koleksi blazer? Kombinasi jogger pants bersama t-shirt! Style macam ni bukan sahaja ringkas, tetapi juga cukup selesa untuk sesiapa sahaja. Okay ni aku memang kena cuba.. Heheheheh.. Biasanya aku suka jeans je..

Forget about the pants dan korang juga boleh menggayakan koleksi blazer pemakaian skirts dan blouse seperti berikut. Ni contoh je weh.. Hahah.. Skirt labuh ke pendek tu terpulang ye..


Dan gaya mudah yang terakhir adalah dengan menyarungkan blazer bersama mana-mana koleksi dress yang korang suka. Gaya ini juga boleh digayakan  sebagai pakaian kasual mahupun untuk ke pejabat. Gaya ni paling aku suka tengok... Nampak sweet dan elegen bagi aku laa.. 


Sekian... Dan sekarang aku sendiri rasa tak sabar nak shopping, pandai pergi usha style blazer kan.. Online pun boleh weh... Hahahah... Janji tau size baju korang.. Settle~ 


 

1 comment

  1. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...