Pengalaman ke Lombok

Baru je balik dari Lombok so sementara masih fresh boleh la karang entry buat kenangan masa depan.. Alhamdulilah dapat ke sana 4 hari 3 malam (25-28 Ogos 2016). Kali ni kira trip family sebab kami pergi ramai-ramai.


Flight ke sana seawal pagi so sampai sana memang masa di isi sepenuh nya. Dekat Lombok kitorang stay dekat The Jayakarta Lombok Beach Resort, Sengigi. Ni kira family trip pakej. All in exclude duit shopping dan kalau nak buat aktiviti dekat sana je laa..



Dekat Lombok majoriti muslim ye dan aku tak nampak pula sepanjang dekat sana temple tapi kalau surau dan masjid memang banyak. Laut dan pantai dia semua, tak kisah dekat area mana pun tetap cantik.. Seronok tengok pemandangan sepanjang dekat sana. Bagi aku stay dekat mana pun okay sebab kawasan dia semua cantik.

Kalau nak explore semua memang tak sempat laaa.. Cukup la merasa sehari dekat area pantai, sehari ke kawasan air terjun/ hutan dan sehari ke kawasan perkampungan (tradisional - kaum sasak). Cukup untuk complete kan Lombok trip. A must visit kekdah nya sebab nya Lombok ni banyak pantai cantik, banyak air terjun juga... kawasan perkampungan tradisional pun banyak.. pilih lah salah satu dah memadai bagi aku.

Kalau tengok maps Lombok ni area Sengigi kira centre point, sebab tu ramai suggest duduk dekat Sengigi kalau nak explore Lombok. Ramai juga suggest stay atleast 1malam dekat Gili untuk tengok sunset.. Kitorang pergi day trip je ke Gili Trawangan.

DAY 1

Kalau tengok maps, Day 1 kitorang banyak cover area (1-12) termasuk area Kuta dan Tanjung Aan. Kira terus cover kan so takde la buang masa sangat. Area Kuta dan Tanjung Aan souvenir memang murah gila. Menyesal pula tak beli siap2.. Kawasan sini tak membangun lagi, so boleh tengok kawasan perkampungan mereka sepanjang perjalanan tu. Pasir pantai pun putih bersih dan cantik sangat kawasan sini... Kalau dorang offer tshirt 4 helai atau 5 helai 100k rp tu kira murah gila wehh sebab dekat souveniar shop sehelai dalam 100k rp lebih kurang.. hahahha... Aku bagi gambar berbicara dah cukup kan.
 



1) Tanjung Aan

2) Kuta Beach 


3) Lunch ayam taliwang dekat Kuta


4) Sasak Village - ni kawasan penduduk suku sasak. boleh google details cerita suku sasak ni.. adat dorang nak kawin wajib culik perempuan tu baru boleh kahwin.. hahah so perempuan single bahaya la pergi lombok sorang2 ye... rumah dorang pun unik.. sejuk je walaupun takde kipas/ aircond.. rumah dorang guna tahi lembu yang fresh tu ganti simen kata nya.. hahahhaha... perempuan sasak kena pandai menenun baru boleh kahwin.. memang unik laa tapi aku tak sempat dengar detail.. busy kejar hero sorang tu.. seronok main kawasan rumah sasak.. hahah



5) Sukarara (tenun) - kawasan perkampungan penenun.



6) Dinner ayam taliwang dan ikan talapia mungkin.. hahahha..


7) Check in hotel


Oh yea... tour guide kitorang, Pak Chan bawa tukar simcard masa on the way tu. Ramai recommend simPATI so husband aku beli simPATI aku guna XL Axiata sebab simPATI dah habis.. Aku rasa servis dia sama je bagus.. kitorang amik yang 4GB dengan harga rp100k..


DAY 2

Hari ke-2 ni plan ke Gili Trawangan. Sebelum gerak kita breakfast dulu dekat hotel, sebelah pool dan juga pantai.. Dekat Lombok ni breakfast dia heavy, sama je dengan Malaysia.. hahahha.. memang banyak pilihan so makan la puas-puas ye.. 



Lombok ada 3 Gilis (pulau) yang cantik... Gili Trawangan, Gili Meno dan Gili Air. Sefaham aku kalau ambil pakej island hoping dorang bawa pergi semua gili ni tapi memadai stay dekat Gili Trawangan tu pun penat nak tawaf.




Sepanjang jalan ke jeti untuk naik bot ke Gili tu kita pergi beberapa pit stop. Memang lalu juga Villa Hantu tapi tak singgah pun.. Just singgah dekat Malaka beli topi dan spek hitam sebab lupa nak bawa. Kedudukan tinggi dekat lereng bukit, nak tengok sunset memang cantik..Sempat la bergambar dekat sini berlatar belakang kan view laut dari puncak lereng bukit yang cantik amat.



Gambar atas ni hentian/jeti nak ke Gili, kawasan sini memang ramai orang sebab kebanyakkan nya ambil hotel stay dekat Gili. Perjalanan boat biasa ambil masa lebih kurang 30minit untuk sampai ke Gili Trawangan. Gambar bawah ni sekitar kawasan Gili Trawangan. Kawasan sini memang happening dan again cantik gila.




Sampai pulau terus pak chan tunjuk tempat untuk kitorang rehat dan makan.. kedai makan tingkat atas dan boleh nampak orang lalu lalang.. tempat disediakan ni best sangat... nak baring ke nak apa.. dia open air.. boleh refer gambar bawah ni.


Pengangkutan di Gili Trawangan ni hanya basikal dan cidomo (kereta kuda). Dorang memang tak ada motor macam krabi/phuket yea. Kitorang sewa basikal yang ada baby seat tu, asalnya dia bagi rp30k/basikal/hr. Price untuk sewa basikal ni pepandai la korang nego ye sebab memang dorang suka hati je bagi harga tu.. dan kalau nak selamat bayar terus sebelum naik, jangan jadi macam kitorang sebab masa nak hantar basikal terus kena double price... alasan, kitorang lewat 15minit padahal dia saja je tak nak layan kitorang masa hantar basikal... tunggu dia memang la jadi lambat.. membencikan...


Kisah berbasikal keliling Gili Trawangan.. ye korang baca betul KELILING pulau tu.. aku tak pasti berapa km kitorang keliling pulau tu.. sebab orang cakap dekat dan dalam sejam juga untuk keliling tu.. kayuh punya kayuh tak juga sampai.. stop tanya orang dia cakap pusing je pulau ni sampai.. okay kayuh lagi dan tanya orang lagi.. dekat 4 orang aku tanya sebab dah penat gila... pastu jumpa buaian dalam air.. YES hilang kejap penat... dekat Gili, Lombok memang famous dengan buaian dalam air ni.. Kira memang wajib ada satu gambar dekat buaian ni.. area sini tempat orang tengok sunset.. ada beberapa buaian dekat area Gili Trawangan tapi yang kami larat singgah dekat sini je.. okay la atleast ada gak gambar dengan buaian ni.. kayuh lagi jumpa lagi buaian yang lagi cantik tapi dah tak larat so just lalu je.. area sunset ni biasa akan ramai orang berkumpul petang untuk tengok sunset.. boleh google.. memang cantik gila..



Balik tu terus pancit beb.. memang tersadai dekat tempat rehat tu haa... tunggu untuk lunch je..lepas tu kejar anak aku melasak.. hahahhaha... solat jamak siap2 dekat masjid sana sebelum gerak balik.. dekat sana tempat wuduk dan tempat solat perempuan jenis terbuka so pepandai la korang... mula-mula singgah satu masjid ni ingat kan sebab masjid tu je tapi lepas dah singgah tempat lain pun sama so aku assume memang dorang punya style macam tu kot..


Lagi satu makanan dia semua pedas gila.. walaupun aku ni sejenis pemakan pedas tapi kat sana aku kena minta kicap manis je makan wehhh... anak aku pun tak berapa nak makan sepanjang dekat sana.. nak susu je.. so stock susu dia dekat sana nyawa2 ikan.. fuhhh nasib baik ngam2 sampai Malaysia... then balik makan malam ayam taliwang lagi.. yea dekat sana memang famous ayam taliwang.. aku nampak macam burung puyuh tapi tak pasti lah.. mungkin boleh google.


DAY 3

Hari ke-3 Waterfall tour. Kalau ikut itenarary asal hari ke-3 ni pergi sasak tour tapi since dah cover day1 so dah jimat masa kan.. so aku suggest pergi kawasan air terjun. sebab aku baca waterfall is a must visit gitu.. dari Sengigi nak ke Senaru lebih kurang 2jam lebih. Korang boleh study pasal waterfalls area Senaru village.. Aku travel dengan seorang kanak-kanak 2tahun.. fasa melasak so tak perlu tanya macam mana kejadian sepanjang perjalanan... hahahha...




Kitorang gerak ke sana dalam pukul 9.30-10.00 pagi macam tu dari hotel dan sampai dekat restoran ni dalam pukul 12. Pak Chan suggest kami lunch dulu sebelum mendaki ke waterfall.. Restoran ni dekat area kaki gunung Rinjani. Lunch dengan view yang subhanaALLAH cantik sangat..  restoran ni ada sekali cottage/chalet so lepas lunch dorang bagi kitorang 1 cottage untuk solat sebelum ke waterfall.. sebab nak ke waterfall kena mendaki bukit segala dan tak ada kemudahan dekat atas sana.. alam semulajadi sepenuhnya ye.. settle semua dulu dan baru gerak.. lunch pun sedap alhamdulilah..


Kami pergi waterfall area dekat Gunung Rinjani dan kawasan Senaru Village. Waterfall sini ada 2, Sendang Gile dan Tiu Kelep. Gambar bawah ni waterfall Sendang Gile. kawasan dia kecil dan dekat sikit dengan entrance.. masa mula2 nak sampai sini duk cakap nak stay 1st waterfall je tak nak naik atas lagi..rasa tak mampu nak menapak sebab ni pun penat gila.. pastu tour guide duk cakap yang lagi satu tu best dan jalan tak mendaki sangat.. okay laaa kami rilex kejap dekat Sendang Gile dan mula menapak lagi satu sebab dah alang-alang sampai kan.. macam rugi tak usaha sikit lagi.. hahahha..


Okay ni rupa jalan nak ke Tiu Kelep waterfall. Ada terowong air, ramai juga aku tengok masuk terowong tu tapi kitorang semua tak masuk pun.. ada jambatan air tinggi.. kena lalu susur sungai dan redah sungai juga.. nampak la dorang dah bangun kan sikit tempat ni tapi tak semua.. ada juga susur hutan.. gambar takde dekat aku.. heheheh.. anak aku masa ni kita guna baby carrier, nasib baik dia pun takde rasa meronta nak turun.. aku risau dia nak turun jalan je.. jenuh la sebab jalan dia bahaya juga.. licin dan berbatu.. kawasan hutan bukit kan..


lebih kurang sejam juga dari entrance baru sampai tiu kelep. tercantik kisah nya tapi memang cantik pun.. macam wallpaper pun ye.. air dia sejuk macam ais.. hahhaha..


Yang best masa kitorang sampai tu tak ramai lagi orang so kitorang sempat la bagi asyraf berendam kejap... hahha.. nak sampai tu dia paling excited nak main air.. sanggup tahan tidur sebab nak main air terjun dia kata.. sekali salin baju semua.. baru sentuh air dah jerit nak dukung.. sejuk gila air dia wehh.. aku rasa nak minum je.. hahhaha.. terus tak nak mandi budak tu sebab sejuk... tak nak cecah air pun.. apakah laaa..dah puas tu kitorang gerak turun then lepak makan bakso dan minum sambil rehat.. ada toilet dan surau dekat seberang entrance tu so boleh la nak mandi dan salin baju... hari yang penat gila... balik pun ambil masa dalam 2 jam.. semua pun penat nak tidur dah... boleh nampak gunung rinjani masa nak balik ni dan kitorang dapat tengok sunset sepanjang jalan balik sengigi.. kami dinner dekat Salsa Restaurant.




DAY 4


Hari terakhir adalah free and easy... di manfaat kan untuk rilex di hotel sepenuh nya.. niat asal nak bawa asyraf mandi pool hotel tapi tapi... aku tak larat dah nak pantau dia dan nak kemas balik lagi.. so bagi dia berendam dalam bath tub bilik saja... kah kah kah kesian.. tapi tu pun dah cukup menggembirakan si kecil tu..


Ni rupa sekitar The Jayakarta Lombok, breakfast hari terakhir, ingat lepas breakfast boleh la jalan tepi pantai dekat hotel ni... harapan... perut buat hal.. wakakkaka.. aku tak jejak langsung pantai dekat sini.. sadis kan... walaupun cafe dia betul2 sebelah pantai je.. boleh tengok dari jauh je.. Bilik dia memang luas dan selesa sangat bagi kami 3 beranak.. Alhamdulilah..


Flight kitorang malam so lepas checkout sambung berjalan sebelum ke airport. Kitorang sambung sasak tour ke kawasan pembuatan tembikar pula dan repeat tempat tenun, kali ni request kawasan lain.. Shopping sakan la last day ni kan.. pakat berminat dengan kain pelekat lombok.. singgah beli makanan lombok sekali.. oh yeaaa... magnet fridge dekat Lombok ni susah betul nak jumpa yang cantik atau mungkin tour guide kitorang tak bawa tempat jual FM? hahhaha.. tapi rata-rata aku tengok Lombok ni banyak hasil kraftangan so FM kategori lain mungkin.. hehhehe..

Kitorang singgah lunch tepi sawah dekat Mataram, last merasa makanan lombok.. superb laa yang ni.. dengan angin bendang tu.. heheheh.. sepanjang susur sini banyak restoran dan van pelancong.. aku rasa kawasan ni famous di kalangan pelancong mungkin.



Last destinasi airport Lombok... sepatutnya flight 7 lebih tapi sekali masa ni delay 2 jam lebih.. memang sume melepek la tepi2 tu sebab kerusi sikit je kat sana dan tak boleh masuk tempat menunggu lagi.. anggap la masa tu untuk explore airport Lombok dan jangan stress haa gitu.. nasib baik juga la aku rasa nak bawa bubur instant.. asyraf dah badmood lapar.. pastu pergi minta air panas dekat kedai dalam tu, nasib baik dia nak bagi.. Dan first time juga flight delayed aku dapat merasa food refreshment.. aku ingat makanan ringan sekali haaa nasi kau... heavy terus dan super pedas.. lombok dan pedas memang tak boleh berpisah ye.. makan dorang semua super pedas.. T__T"


Sekian.. ada rezeki jumpa lagi =)



No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...