Cara tutup rekahan atau cela di dinding rumah

Ada masalah cat dinding rumah bercapuk, atau terkopek? hahahha... Asalnya dekat dinding ni aku tampal ABC 123 untuk anak aku belajar sekali dia cabut terus sekali cat tanggal. Aku suspect cat sebelum ni memang tak berkualiti. Memang sakit mata la bila bertompok cat tanggal.


Rumah ku syurga ku kot ni.. hhehhe.. over.. Aku dah banyak kali juga suruh laki aku cari orang untuk cat tapi kalau nak cat mesti la satu rumah kan.. Tak kan la nak panggil orang cat setompok ni je. Suatu hari tu tiba-tiba laki aku dapat semangat untuk cat sendiri.. hahhaah.. terkejut aku dia buat balik barang-barang mengecat.



Tompok cat tertanggal tu tak banyak pun tapi still sakit mata nak tengok, ni nampak banyak sebab laki aku kikis. Dia kata dia belajar dari orang setup booth masa event. hahahha.. so balik dia cari la barang-barang ni semua. Masa dia nak kikis ni aku yang cuak takut makin teruk.. lagi la seksa jiwa tengok rumah bercapuk kan. Tapi sebab dia dah semangat nak buat aku biar je la tak nak complain.. hahahah..



Dia beli yang bekas kecil-kecil ni je.. ada 2 layer okay untuk cat nampak kemas. Lepas kikis tu dia guna instant putty filler ni dulu then dah kering baru sapu cat bekas bawah ni.. tu je weh.. yang bekas atas tu macam plaster gitu.


Dan tadaaaaaaa..... ni la hasilnya.. dalam hati not bad gak laki aku mengecat.. boleh la cat satu rumah lepas ni.. muahahahha.. atleast tak menyakitkan mata nampak tompok-tompok tu. Now rasa nak maintain warna putih je senang nak cat. Kang color pelik-pelik susah nak match color code tu lagi bercapuk kang..



Kalau sesiapa tengah survey cat apa untuk tutup cela atau rekahan dinding rumah boleh la cari barang macam aku ni.. boleh refer gambar atas.. Kaum perempuan nak buat sendiri pun boleh ni.. Kalau rasa dinding tu dah penuh art work anak boleh la belajar-belajar mengecat bagi bersih sikit dinding tu. hahah..


Psstt : seminggu kemudian terus laki aku beli cat besar weh.. hahahha.. dia cat bilik sekali.. DIY berjaya.. ^_^

No comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...