Duit

Sepanjang jalan nak pergi kerja aku fikir. DUIT. Dah la baca cerita orang tak dapat gaji la. Kena buang kerja la. Cerita pasal GST 8% la. Takut kan? Aku makin takut nak baca cerita semasa ni. Yang susah makin susah yang kaya makin kaya.


Duit. Aku rasa kalau nak rasa selesa sikit atleast saving korang kena ada 6 bulan gaji kasar terakhir. hahahahah Kalau sembang dengan member2 pun berapa kerat je dapat kumpul jumlah tu. Realiti beb sebab tak ramai yang sedar dan joli je tau, atau mungkin sebab living cost sekarang tinggi. Okay itu alasan mungkin.


Rumah. Ramai belia tak mampu nak beli rumah. perghh kau rumah apartment pun mahal gila even sewa pun nak tercekik. Yang awal-awal dulu sewa yes murah! Kalau yang sekarang semua pun naik dan harga sewa pun naik. Perit lah! Tanya member yang baru kahwin dorang stress sebab susah nak dapat rumah sewa murah. Kalau ada pun nun disana.. Pergi kerja gelap balik kerja gelap. So pulun la kerja la part time bisnes la untuk hidup. see? sedih kan?


Kenderaan. Kalau parking pun mahal, keluar sikit tol. minyak. hurmmmmm.


Okay la random di pagi hari tak ada kaitan dengan yang hidup atau yang mati. Jangan nak kecam sangat. Mari lah bekerja dan berusah keras untuk meneruskan hidup.

Realiti itu pahit!

1 comment

  1. duit duit dimana kau duit haha
    jemput join sis
    https://mellyacrayola.blogspot.my/2016/10/segmen-jom-exchange-link-by-mellya.html

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...