Pengalaman menggunakan beberapa jenis breastpump

Ramai betul viewers dekat entry breastpump murah ni.. Entry sebelum aku bersalin dan betul-betul guna.. hahaha.. so kali ni aku nak cerita pengalaman aku sepanjang guna beberapa jenis breastpump.. memang dah lama aku tinggal mengepam ni.. kalau ada rezeki boleh sambung pumping lagi.. amin..




Disclaimer : post ni ulasan dari diri sendiri sepanjang menggunakan pam2 ni.. Just share pengalaman ye..



Breastpump Snowbear




Breastpump pertama aku... Memang sengaja cari yang murah dulu sebab baru nak berjinak dengan breastfeeding ni. Ni antara specs dia yang menarik,

•Compact (saiz lebih kurang tapak tangan)
•Boleh pakai elektrik/ 4biji bateri AA
•Single pam (tak menjadi masalah sangat)
•Senang nak cuci
•Suction okay tak menyakitkan




Yang menjadi masalah sekarang dalam sebulan pertama dia punya power off sendiri.. Mungkin tak bernasib baik dapat unit yang problem sebab member2 aku guna brand ni tahan je sampai anak setahun lebih.. So its not a brand issue.. Its happened few times, dah la masa bengkak susu memang nak menangis breastpump tak boleh ON.. Ketuk2 sikit baru okay.. Sebab tu la aku decide nak tukar pam masa ni.

Lagi satu yang aku perasan, breastpump ni tak boleh kosongkan breast.. Lepas dah pam lama pun bila marmet still boleh dapat banyak susu.. So aku rasa sayang sangat sebab tak dapat empty breast untuk kekal kan konsep demand and supply... 


Tapi ni semua bergantung pada individu, setiap orang berbeza sebab tu la kena try and error.. Mahal ke murah tak menjamin kualiti juga.. Member aku guna Snowbear sampai anak 2 okay je.




Breastpump SPECTRA M1




Lepas tu upgrade ke double pump sebab tak nak buang masa pumping... Pilihan hati spectra M1.. Straight to the point je okay.. Aku ni exclusively pumping mom aka EP mom... So sangat menggunakan pump sepenuhnya dan ciri utama aku cari masa ni yang built in battery. Masa ni tak banyak pilihan untuk built in breastpump.

Ciri Spectra M1;

  • Double breastpump 
  • Built-in battery - boleh charge macam hp, ni sebab utama aku nak
  • Size kecil dan ringan - besar tapak tangak macam tu je
  • Suction kuat tapi tak menyakitkan.. Stimulation level 1/2 dah cukup
  • Suction level 1 pun dah boleh kosong kan breast dengan cepat
  • Part sikit - senang cuci
  • Medium-duty
  • Silent mode
  • Ada 2 mode - massage & expression

Spectra M1 pam paling lama berjasa dekat aku.. since aku ni EP mom memang guna pam je kan.. makin lama battery M1 aku pun dah mula buat hal, dah la tak boleh guna power bank.. Setelah berbulan guna M1 rasa suction dia kurang atau mungkin susu makin drop dan bermula la mencari pam lain untuk standby.


Overall aku puas hati dengan spectra M1, sebab boleh empty breast. Rasa puas sangat dapat pam dengan banyak dan cepat. Kalau aku bukan EP mom mungkin cukup dengan M1 je bagi aku.




Breastpump Manual MEDELA HARMONY




Aku ada beli manual untuk standby dalam handbag masa ni kalau M1 aku buat hal. Aku baca review ramai suggest MEDELA HARMONY dan kebetulan pumponthego tengah promo medela harmony. Terus beli satu. Kalau tak silap aku beli harga bawah RM200. Boleh refer gambar bawah ni untuk specs menarik untuk medela harmony.





Kalau EP Mom memang patut standby satu breastpump manual sebab sangat berguna ketika terdesak. Masa mula nak beli takut lenguh atau sakit tangan nak pam manual kan, tapi dengan harmony ni best weh.. sebelum pam boleh massage dulu sebab tu memang feature harmony ada 2-phase expression dan tak lenguh kan tangah pun. Hasil tuaian pun Alhamdulilah banyak.




Breastpump MEDELA FREESTYLE






Breastpump terakhir yang berjasa dengan aku sebelum aku bersara pumping ialah MEDELA FREESTYLE. Aku tak mimpi pun nak beli freestyle asalnya sebab harga dia yang mahal gila tapi laki aku yang nak belikan so kita terima dengan hati terbuka gitu. Rata-rata kawan aku guna freestyle dari anak 1 sampai 3 pun ada. Alhamdulilah takde masalah cuma kena pandai simpan dan jaga la bila tak guna.


So pendekkan cerita dia belikan aku satu set MEDELA FREESTYLE ni dan alhamdulilah masih elok sampai sekarang. Kalau tengok gambar atas ni compare size M1 dengan FREESTYLE. Kalau tanya aku mana best, dua2 bagi aku best tapi yang buat freestyle win dia punya tahap ketahanan bateri tu lama gila.. sekali full charge boleh tahan berhari-hari. Masa pumping harian still sama dan kalau banding kan dengan M1 memang setiap hari kena charge full untuk guna esoknya. kalau lupa charge habis lah kau...


Nak kena cerita juga ke specs MEDELA FREESTYLE? aku rasa ramai orang dah tau specs yang ada pada freestyle. Kitorang beli dengan Aja HERE.. Seller dia siap bagi tips.


Tips cara simpan freestyle bila tak guna
1) Charge full battery setiap 6 bulan sekali
2) Keluarkan battery lepas dah full charge

Lagi info dari seller tu, kalau charge hari Sabtu contohnya, guna level 4-5, pump 3-4 kali sehari, sekali pump 20minit macam tu, insyaALLAH boleh tahan hingga hari Jumaat seterusnya. Dalam seminggu okay!


Sepanjang guna freestyle aku suka sangat dan berbaloi dengan harga dia. Boleh masuk handbag sebab size dia compact. tak banyak part untuk dibersihkan. tak perlu fikir sangat pasal battery. insyaALLAH tahan. Nak cuci pun senang. Suction level pun kuat, pilih je level yang bersesuaian dengan korang, massage mode dia pun best tak sakit. Boleh empty breast ^__^.


Overall mesti la puas hati tapi aku tak sempat pakai lama pun freestyle. Mungkin kalau ada rezeki next baby kita guna sehabis nya gitu.. So boleh USAHA.. KAH KAH KAH






6 comments

  1. next time jom try youha pulak..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la sekarang dah byk jenis pam kan.. byk brand baru juga..

      Delete
  2. Assalamualaikum awak...sheila pun pakai snowbear tu. Sampai anak 2 still berjasa lagi kehkehkehhh belum mampu nak beli pam lain. Bestnya awak pakai medela freestyle tu. Hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah sheila dpt unit yg ok.. tp sy EP mom mmg byk bgantung dekat pam.. sbb tu juga dia x ok kot.. lenjan kaw kaw kan..

      Delete
    2. Alhamdulilah sheila dpt unit yg ok.. tp sy EP mom mmg byk bgantung dekat pam.. sbb tu juga dia x ok kot.. lenjan kaw kaw kan..

      Delete
  3. nad tak pernah pakai pump breast lagi..kot fariza nanti ada adik..cuba beli pump..yela org ckp makin pam makin banyak susu

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...