Grand Lexis Port Dickson


Dah lama teringin nak merasa stay dekat Grand Lexis Port Dickson ni tapi tiap kali nak booking ada je halangan. Sudah nya memang tak dapat nak merasa. Sampai la company aku kerja sekarang plan annual dinner dekat Grand Lexis Port Dickson (5-6 Nov 2016) terus excited. Aku ni manjang excited nya. Hahahhahaha.. Dah tahu tu mula la counting days nak pergi kan..


Swimming pool dia ni dalam, tak berapa sesuai dekat budak. Kalau bawa anak aku tak tau la boleh control ke tak dari terjun dalam ni. Jenuh laaa.. Bilik kitorang dapat ni ada 2 king bed.. pantry pun ada.. Bilik agak luasa bagi aku. Memang puas hati cuma masa check in sini memang lewat. 3/4pm baru check in. Check out pula dalam pukul 12pm. Sekejap je la dapat rasa. Sampai bilik terus aku berendam. Rugi hoii tak mandi pool.


Aku kan tak boleh duk diam.. so aku merayau la keliling grand lexis ni. Sampai hujung aku jalan nak tengok apa yang best. Ada tempat sewa basikal tapi aku jalan je la. Memang hobi aku suka jalan kalau tak, tak jadi la atlet jalan kaki wakil sekolah. Hahah nak gak bagi tau tu. Masa aku merayau ni aku tak jumpa orang sangat, aku agak semua yang stay sini memang habiskan masa dalam bilik je.. hahahhaha... memang duk bilik pun dah best..


Swimming pool luar bilik pun ada. Ramai juga aku tengok mandi sini walaupun dalam bilik pun ada pool. Sebelah pool ada gym so kalau agak nak try boleh la pergi. Now aku dah faham kenapa orang suka datang sini for short vacation. Memang berbaloi la dan tak penat sebab rilex je dekat bilik. Hahahahah.. At last dapat gak aku merasa stay dekat Grand Lexis Port Dickson. Terima kasih kepada yang organize..


Actually ada Treasure Hunt dan juga annual dinner sekali tapi tu nanti aku cerita. Sepanjang kerja situ, pertama kali "lucky". Alhamdulilah rezeki tahun ni.



2 comments

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...