Kadar parking TBS naik bermula 15 Disember 2016

Ni pengalaman pertama parking dalam tempoh lama dekat TBS (Terminal Bersepadu Selatan) lebih kurang 5 hari juga la. Sebab fikir nanti balik sampai sini sebelum subuh kang susahkan laki aku nak ambil dengan anak lagi so aku fikir baik aku bawa je kereta park terus dekat sini. Semua cakap murah je. Dalam RM4 sekali masuk parking dekat TBS ni.



Tapi masa aku masuk ni tengok banyak banner rate parking lain dari apa yang aku baca dan tanya orang. Masa ni dah pasrah dah berapa pun kena sebab tak kan la aku nak patah balik semata parking mahal? hahahhaha... Lepas tu masa jalan nak masuk tu baru tengok dekat mesin parking ni. Terus rasa lega sebab rate parking baru tu berkuatkuasa 15 Disember 2016. Tapi banyak gila naik dari RM4 per entry/day jadi RM10 untuk 24jam (sehari). Apa je yang murah dekat Malaysia cuba cakap sikit. Nasib baik laaa masa aku parking ni masih murah..



Lepas tu nampak banner yang RM4 ni. So okay laaa masa ni masih RM4 sehari sekali masuk. Total aku kena sepanjang aku tinggal pergi roadtrip ke Thailand tu dalam RM20 dari hari Rabu malam (9pm) sampai Isnin pagi (4.30am). Biasa nya aku parking dekat Putrajaya sentral kalau ke luar negara tapi sekarang aku tak pasti kalau dekat situ pun rate naik juga. Sedih nyaaaa.... boleh ber huhu huhu sama-sama ni.



4 comments

  1. Wow. Naik 150% tambah. Haibat. Untung buat bisnes parking kawasan sesak ni

    ReplyDelete
  2. Itulah pasal. Apa je yang murah kat Malaysia ni. Nak join ber huhu huhu. T_T

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum. Wahh mahal betul bayar parking sekali masuk. Sana masih bersih lagi ke

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...