Surprise dari Lazada Malaysia

Lazada Malaysia ni betul-betul buat surprise dekat aku ni. Parcel sampai memang pada masa yang tepat. Balik je bercuti dekat Thailand, masuk kerja ada parcel besar dekat meja terus gelojoh buka. Memang aku paling excited dapat ni. hahahhaha.. Lazada kan famous dengan macam-macam barang. Ada lebih kurang 1000 jenama untuk jualan online. Sekarang Lazada tengah ada online sales terbesar yang dipanggil "Online Revolution" yang ke lima sejak dilancarkan pada 2012 yang bermula dari 11 November 2016 hingga 14 Disember 2016. Apa tunggu lagi sementara tengah sales ni, bagi aku Lazada ni macam berhantu sikit. Pantang buka mesti ada je benda menarik nak beli sebab murah la of course. Sampai laki aku pun terjebak sebab aku ter install lazada app dekat handphone dia. hahahha..





Tema "Online Revolution" tahun ni ialan "Jenama untuk semua" (Brands for All) yang menjadikan lazada sebagai tempat untuk jenama-jenama kegemaran rakyat Malaysia. Antara jenama yang ada pada tahun ni termasuklah Drypers, L'Oreal, Nestle, Samsung dan banyak lagi jenama lain. Untuk maklumat lebih lanjut boleh buka website atau apps lazada. Bagi aku tema dia tahun ni macam kena sebab kebanyakkan jenama yang ada ni memang mampu milik dan harga berpatutan. Aku dah shopping macam-macam dah dekat Lazada ni. Suka gila okay..





Ni tarikh sales yang ada sepanjang sebulan 'Online Revolution' berlangsung. Jangan lepas kan peluang, tengah minggu gaji boleh la start tengok apa tawaran yang menarik.

PARCEL OF JOY



Yang ni "parcel of joy" dari Lazada Malaysia. Dapat je parcel terus buka sebab tak sabar nak tengok apa surprise Lazada bagi. Batch sebelum ni aku tengok semua hadiah lain-lain so kali ni aku pun teruja la.. sayang Lazada lebih.. Mula-mula buka dah nampak ada 1 kotak, portable hub, beg dan tumbler. perghh nampak je portable hub tu pun dah suka gila..



Next buka pula kotak "find joy in every parcel" memang serius best gila laaaa... surprise betul ada macam-macam dalam ni. macam budak-budak excited dapat hadiah gitu. Terus pergi buat nescafe ni.. bau dia semerbak..




Nanti kita try makanan lain tu pula ye. Apa pun terima kasih banyak Lazada Malaysia untuk parcel yang penuh keceriaan ni.. Seronok sangat dapat parcel ni. Jom shopping dekat Lazada Malaysia untuk dapat kan tawaran yang menarik sepanjang "Online Revolution"berlangsung.

1 comment

  1. Bestnya dpt mcm ni.. Macam ada. Mcm poket doremon da..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...