Tips Dapur : Untuk cepat memasak di dapur untuk wanita berkerja

Selalu orang pelik dengan aku sebab masak cepat. Macam tak logik kan. Actually aku ni kan pemalas. Malas nak duduk lama dekat dapur. Apa boleh settle aku settle je cepat-cepat. Aku share sikit tips apa aku buat untuk jimatkan masa dekat dapur. Sebagai suri rumah yang berkerja. Macam mana nak jimatkan masa so tak letih sangat balik kena masak. Hahahah.. 

1) Lauk
 
 

Setiap kali aku beli lauk aku akan bersihkan dan  asingkan siap-siap ikut portion sekali masak je. Agak-agak sendiri la korang makan banyak mana kan. Senang untuk defrost atau kalau lambat sangat nak tunggu defrost masuk je beku2 tu dalam kuali. Hahahahahhaha.. kalau tak ada bekas, asing je dalam plastik. 

Antara sebab perlu asingkan siap-siap ialah lauk tak elok defrost banyak kali. Contoh macam sotong sekilo kalau nak guna setengah kilo tapi kalau dalam satu bekas kan kena defrost semua pastu dah defrost yang balance masuk balik peti. 

2) Bawang


Seminggu sekali je aku kopek bawang. Memang kopek siap-siap untuk masak seminggu. Setiap kali nak masak part bawang aku rasa melambatkan masa. Aku suka kopek je bawang. Tak suka blend terus sebab rasa dia lain. Sebelum ni memang aku blend bawang jadi kan paste tapi rasa dia untuk seminggu macam tak berapa nak elok. So just readykan bawang yang dikopek untuk seminggu masak je. Simpan dalam bekas tertutup dalam peti sejuk. Kalau tak nanti cepat rosak. 

Lagi satu tips, asingkan bawang putih dan bawang merah dalam bekas berlainan. 


3) Sambal /paste
 
 

Aku memang suka sambal sotong, sambal udang, sambal ayam. Ni aku belajar dengan mama aku. Kalau boleh korang ready kan siap-siap sambal. Buat sambal tu dalam kuantiti yang banyak dan beku kan. So bila nk makan just panaskan. Ikut la nak jadikan sambal sotong ke udang ke atau paling cepat goreng telur. Jadi sambal telur. Boleh alter ikut citarasa. Tapi nak buat sambal ni memang ambil masa lama laa.. kalau boleh buat banyak2 terus. 

Bukan sambal tumis je, kalau nak buat paste untuk ikan bakar pun boleh. Buat banyak2 dan bekukan ikut portion sekali makan. Untuk elak dari rosak. Hahahahah 

4) Menu

Kalau bahan atas ni dah siap. Apa jenis menu pun insyaAllah boleh. Tapi makesure bahan lain pun ada laaa.. yang lain tu tambahan rasa je. Sayur memang tak boleh prepare awal tapi sayur kejap je. 


Senang kan.. cuma time nak ready kan ni seminggu sekali. Memang lama la aku kat dapur.. hahahahhaha... sebab tu juga aku suka brand tupperware freezermate tu. Sebab family aku kecil je so aku prefer yang kecil2 tu je. Heheheheh.. ni je aku mampu share. Hahahah aku pun masih belajar. 
Kalau ada tips lebih bagus. Mohon share ye. Sama-sama belajar dan berusaha jadi wanita yang rajin masak. Aminn

3 comments

  1. saya pun suka wat camtu..cuma bawang dan sambal dah siap je laa wat siap2.. biasa blender cili je.. kalau ikut tekak sendiri..mmg tiap ari mkn sambal je..kekeke...

    ReplyDelete
  2. erm... bgs cara ni sis... blh la akak cuba...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...