Semangat kebangkitan Irama Malaysia di konsert Grand Final 3 Juara 15 Januari 2017


Simbolik pelancaran Wangikahlah Hatimu #saveiramamalaysia


Siapa tak kenal dengan artis Noraniza Idris kan. Artis terkenal dengan lagu irama Malaysia dan persembahan yang memukau yang mesra di panggil kak ani bersama Tyka (3 Juara) akan melancarkan single album terbaru mereka di konsert Grand Final 3 Juara pada 15 Januari 2017 (Ahad), 9 malam di TV3. Saksikan persembahan eksklusif mereka di 3 Juara. Sebelum tu jom aku cerita sedikit sebanyak mengenai lagu dan beberapa perkara mengenai dua artis irama Malaysia ni.



Wangikahlah Hatimu

Adalah single terbaru terbitan Noraniza Idris Production Ventures Sdn Bhd yang akan dilancarkan serentak di sosial media pada hari dan masa yang sama juga. Lagu ciptaan Amir Jahari dan AGCoco. Lirik oleh Ahmad Fedtri Yahaya. Konsep duo dengan genre pop tradisional dan etnik yang menggabungkan eleman nyanyian Dikir Barat, Siam dan Sunda. Single irama Malaysia ini adalah sebuah penerbitan pertama bagi tahun 2017. Edaran Luncai Emas Sdn Bhd.


Penerbitan single boleh ditonton melalui media sosial dibawah selepas dilancarkan;

Youtube : Noraniza Idris Production Ventures
FB Page : Noraniza Idris
IG : noraniza_idris
Twitter : Noraniza Idris
Website : http://www.akarkitazapin.com.my/noraniza-idris/






NORANIZA IDRIS

1) 32 tahun dalam industri muzik Malaysia, bermula 1985 hingga kini
2) Wanita pertama pengasas konsep Pop Tradisional di Malaysia semenjak 1996 hingga kini diiktiraf oleh Majlis Wanita Johor pada 2001
3) Duta kecil berbangsa Melayu yang mengangkat budaya masyarakat orang asli Negeri Pahang ke pentas Anugerah Industri Muzik Malaysia dan dikurniakan pingat Ahli Mahkota Pahang pada 2011 oleh kerajaan Negeri Pahang.
4) Tokoh budaya dan penggerak program pembangunan belia menerusi budaya semenjak 2004 hingga kini.
5) Pengasas modul pembelajaran seni budaya dan akhlak suntikan modal insan melalui pendekatan akademi, sahsiah dan kokurikulum kepada 19000 peserta bersijil dengan kerjasama Kementerian sepanjang 2014 dan 2015 menerusi 12 lokasi seluruh Malaysia selama 2 tahun dalam program Akar Kita Zapin.






TYKA (3 JUARA)

1) 17 tahun dalam bidang nyanyian dan bermula usia 5 tahun menyanyi di pentas dengan irama-irama ghazal dan asli
2) Artis bimbingan program realiti televisyen di antaranya - Seiras Seirama 2015 (final mewakili Misha Omar terbitan Astro), Bintang Klasik Kasih 2015 (Naib juara terbitan RTM), 3 Juara 2016 (Terbitan TV3)
3) Minat dan kreatif menggubah lagu sedia ada kepada cara tersendiri
4) Suka membuat kajian tentang seni budaya kaum etnik selain Melayu untuk penghayatan dalam nyanyian dan boleh menyanyi lagu genre balad dan R&B dengan baik
5) Mudah mesra dengan golongan masyarakat tanpa mengira batas usia





Jangan lupa saksikan mereka di 3 Juara Ahad ini 15 Januari 2017 di TV3! Jom bersama naikkan semangat kebangkitan irama Malaysia.

 

5 comments

  1. mesti gempak! I loike Noraniza Idris.

    ReplyDelete
  2. Jumpa dekat Konset Epik 3 Juara... sama2 tgk live nanti

    ReplyDelete
  3. tak pernah tgk 3 juara ni, nak final dah ek!

    ReplyDelete
  4. tak pernah tgk 3 juara ni, nanti boleh tonton konsert akhir!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...