Trip ke Sabah - Tawau dan Semporna
Beberapa hari lepas kami ada trip ke Sabah. Kami cover area Tawau dan Semporna. Dari 19 - 22 jun 2009, 4 hari 3 malam. Banyak aktiviti kami sampai nak shopping pun tak sempat. Pergi pun dalam group yang ramai. Point masa ni just nak having fun with my friends. Coursemate masa belajar gitu tapi tak semua la yang ikut. Memang best sangat dan 4hari tu rasa sekejap sangat. Masa dekat Sabah lain sikit dengan semenanjung, macam blurr sikit mula-mula. Subuh pun awal sangat. Dah la tidur ikut masa semenanjung bangun ikut masa sabah. Pening otak tak cukup tidur. hahahha. Masa kami pergi ni cuaca sana panas gila. Yang gelap makin la burn gelap. haha tapi ada aku kisah? hihi


Heritage Hotel, Tawau
Dekat sana sebenar nya ada member iaitu coursemate kami juga, Liza. Dia memang orang Tawau. Sampai sana dia ambil dan terus bawa ke hotel untuk check in. Kami stay dekat Heritage Hotel Tawau. Urusan sewa kereta pun Liza tolong uruskan. hihih.
Tawau Hillpark
Esoknya 20hb kami ke Tawau Hillpark. Mandi air terjun dekat sini. Liza la tour guide kami sepanjang dekat sana. heheh.. Best gila weh. Kena redah hutan yang tak berapa hutan nak ke air terjun ni.

Trip ke Semporna
21hb tu keluar pagi cari barang sikit then terus gerak ke Semporna pula. Kami kan sewa kereta so drive la dari Tawau ke Semporna. Tawau nak ke Semporna lebih kurang 2 jam juga la. Kami kan ramai so sewa 2 biji kereta la dan konvoi la kesana. Pergi ramai-ramai ni tak rasa penat sangat dan seronok lagi ada la. hahaha
Perjalanan ke Semporna
Dragon Inn, Semporna
Dekat sana kami stay dekat Dragon Inn, chalet atas laut. Memang cantik sangat boleh tengok gambar atas ni. Sampai je terus check in letak barang semua dulu then terus siap keluar ke Semporna Holiday Resort. Sebab kawasan sini boleh mandi laut. Dia pagar kan satu kawasan laut ni dan siap ada tower untuk orang terjun laut haaa. Budak laki je mandi, perempuan tolong ambil gambar je. muahahhaha. Memang ramai orang, sampai senja juga la kami kat situ.
Belakang tu kawasan orang mandi
Pulau Mabul
Paling best sekali semestinya ke Pulau Mabul. Kalau ingat balik masa ni ya rabbi tragis dan lawak pun ye juga. Student punya perangai kan. Tak plan pun nak ke pulau asalnya sebab bajet nya tak ada. Nama pun student kan. Semua pakej bot ke pulau memang mahal ya ampun la bagi student kan. So kisahnya kami semua sepakat nak juga ke pulau tapi bajet. kah kah kah so survey punya survey dapat la naik bot laju ni. Masa bincang tu tak boleh agak sangat bot apa kan dan ingat tak la jauh mana. Kebanyakkan ambil bot pelancong yang besar tu okay ke pulau tapi kami gamble naik speedboat ni. hahahhahahahaha. Hoi lawak gila ingat balik.
Mula naik tu seronok la gelak-gelak lagi siap nyanyi haa sekali dah tengah laut tak nampak darat langsung semua cuak. kah kah kah. Dengan melambung-lambung lagi langgar ombak kan. Mengucap masing-masing. hahahha lawak gila laaaa. Dah la dari jeti ke pulau tu jauh dan lama juga rupanya.
Sipadan Water Village, Pulau Mabul



sekian.... sgt HAPPY!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
best la...ini yg membuatkan sis tak sabar nak ke Sabah next week....
ReplyDeletehope happening macamana trax holiday tu!
itu holiday with kengkawan erk...bagus la uoallsss sepakat.
siyes best gle... mcm nak g lagi je... hahahahahaah....
ReplyDelete