Honeymoon - BALI TRIP

Assalammualaikum



Entry honeymoon akan cuba untuk dikarang dengan sepenuh details nya sebab senang untuk aku flashback balik nanti. Tiket flight pun aku simpan lagi. Bali trip yang penuh makna as a husband and wife. First oversea trip together la katakan.. Kitorang tak ambil full pakej honeymoon trip, semua separate tapi still under budget la.. Bali trip 4 hari 3 malam. (21-24 Ogos 2013)


Disebabkan ni kitorang punya honeymoon trip dan tak nak terikat dengan schedule mana2 so kami decide ambil separate hotel, tiket flight, supir (tourist guide). Kalau ambil pakej dari travel agent mesti kena ikut schedule dorang bagi, dah kata honeymoon mesti la nak privacy kan dan kalau boleh nak trip yang santai, bukan terkejar2 ikut schedule trip. Flight dan hotel aku guna khidmat AirAsiaGo.com sebab yang ni diyakini selamat untuk booking hotel. Tapi bukan sebarang hotel juga kitorang pilih, semua aku refer juga review dari tripadvisor. Tak semestinya hotel mahal tu bagus dan tak semestinya hotel murah tak berguna ye.





Aku siap bagi cost summary lagi untuk flight dan hotel dekat sana.. Masa aku pergi matta fair tempoh hari total cost untuk flight dan hotel pun around harga ni juga. Tapi apa pun bergantung juga pada keadaan sebab ada je member aku pergi sana total cost tak sampai RM1k untuk 2 orang so memang sangat bertuah. Kalau beli awal flight dan hotel boleh dapat murah tapi ni aku booking 3 bulan sebelum so kira agak lewat la. Kalau korang nak jimat lagi sila lah booking awal2 ye.. hehehhe...


Sepanjang dekat sana aku ada guna khidmat seorang tourist guide ni, nama dia Mahathir tapi ramai panggil dia made. Serius baik gila dia ni walaupun agama lain tapi dia hormat kita yang muslim. Dia bawa tempat makan halal dan senang untuk solat. Bali kena hati-hati sebab muslim dekat sana minoriti dan nak cari makanan halal agak susah. Ni aku minta contact dari member aku yang pernah pergi sana.

Tempat penginapan - Kuta lagoon resort and pool villa



Boleh refer link dari tripadvisor untuk resort ni, very recommended even just 3 star tapi review pasal resort ni banyak gila dan service pun tiptop. Sangat selesa dan privacy untuk honeymoon. Ada 3 jenis bilik dekat sana, Normal room/ Pool access/ Private pool. Normal room ni macam hotel room biasa je la. Pool access mean bilik korang buka pintu balkoni belakang dah boleh terus masuk swimming pool. Private pool ni bilik korang dan sebiji pool kecil untuk korang saja. Hasil review semua kata better ambil pool access atleast boleh nampak orang ramai dan meriah sikit instead of private pool. Memang terasing habis, lagipun yang ambil private pool ramai je keluar pergi swimming pool biasa aku tengok. Kitorang pilih pool access dan bagi aku memang BEST GILA TAK TERKATA laaa... memang padan la susah gila nk booking resort ni sebab cepat sangat FULL. Percaya atau tak aku tukar 3 kali date trip sebab nak dapat kan bilik pool access yang available.. Tak sia-sia usaha aku tu.. HAHAHAA.... 

I

(Untuk gambar lagi menarik dan detail boleh google je)


Kitorang punya trip ni 4hari 3malam so kena plan sebaiknya la. Bali ada banyak gila tempat menarik, kalau pergi kejap memang agak rugi la sebab tak dapat nak jalan2 semua tempat kan.Bukan sekadar pulau dan pantai yang cantik tapi penuh dengan tempat bersejarah dan menarik yang patut kita lawat. Gambar bawah ni tempat made bawa kitorang, boleh dikatakan kitorang sempat cover semua kot. Cuma water sport kitorang tak main la sebab tak nak terlalu terdedah dengan matahari just pergi tengok2 orang lain main je. Kitorang honeymoon after nikah dan sebelum majlis bertandang so skin kena jaga.. :P





1st day
Flight kitorang dari LCCT pukul 9.25am sampai Denpasar Ngurah Rai International airport Bali dalam pukul 12.30pm. Sampai sana tunggu made jemput kitorang then terus hantar pergi hotel.
Asalnya aku just nak made ni tolong hantar pergi makan tempat halal je then kitorang akan pergi pantai sana sendiri je tapi bila sampai sana jadi lain. Memang dia jadi kitorang punya tourist guide untuk semua, dia cakap just anggap macam bawa family jalan2. Bertuah kitorang dapat dia untuk explain dan bawa jalan2, kalau tidak memang kitorang pun tak tahu mana yang best patut kitorang pergi. Gambar peta dan tempat menarik atas ni semua dari made. Patut hari 1st made dah bawa jalan2 sekitar Kuta dan pantai area selatan tapi sebab dah penat sangat kitorang decide nak stay hotel je lagipun rugi la kalau tak menikmati kemudahan POOL ACCESS sepenuhnya kan dan nasib baik kitorang pilih free and easy. Pilihan bijak.

2nd day
Awal pagi made datang jemput dan tempat yang kitorang pergi macam list bawah ni.. gila panjang kau dan tak semua la gambar aku nak masukan nanti slow la blog aku ni haaa.. perlu ke aku cerita setiap tempat ni? Jadi novel pula entry aku ni karang.

-Barong dance
-Upacara pengebumian (keranda ikut darjat)
-Pembuatan batik
-Gold & silver smith
-Wood carving
-Painting of Bali
-Tegalalang, Ubud (padi bertingkat di lereng bukit)
-Kintamani, Gunung Batur (lunch depan gunung berapi, sejuk sangat tempat ni)
-Tampaksiring temple
-Ladang kopi (kopi luwak)
-Restoran ayam berutu (dinner)
-Shopping di Krisna

Penat gila balik tu tapi sempat terjun swimming pool dulu.. Masuk swimming pool malam2 lagi syok.. Sapa suruh pool dekat sangat kan.. heee :D
 





3rd day
Breakfast dulu dekat hotel then baru gerak.

-Watersport (tengok orang main)
-Padang-padang beach (tempat orang putih berjemur dan surfing)
-Seminyak
-Legian
-Uluwatu (view tersangat cantik, tebing bukit)
-Kecak dance (cancel sebab nak balik solat)
-Jimbaran candle light dinner (kitorang taknak)
-Kuta beach (ni bersepah orang santai, memang cantik tengok matahari terbenam kat sini)


4th day
Ni kira last day kitorang la so made suggest keluar pagi tu terus checkout hotel pastu jalan2 dulu then senang boleh terus pergi airport je. Sedih gak la nak checkout pagi tu, buat lambat2 je packing pastu pergi layan breakfast lama-lama sambil pandang pool... Cafe dia pun sebelah pool juga. hahaha.. So tempat last day kitorang;

-Nusa dua
-Tanah lot (memang cantik gila tempat ni dan agak murah untuk shopping barang souvenir)
-Pusing cari souvenir area bandar Kuta for the last time ;(


Entry ni ambil masa berhari untuk aku recall dan cari gambar yang patut masuk tapi serius banyak sangat gambar so aku masuk je la memana kang tak terupdate pula.. Memang bali trip ni aku rasa sangat berbaloi sebab aku compare full pakej honeymoon pun tak bawa jalan banyak macam ni some more you need to pay more. Alhamdulilah kitorang dapat supir yang baik hati, friendly yang anggap kami macam family dia je dan sudi bawa kami jalan2. Kalau ikutkan memang panjang berjela aku nak cerita semua tempat yang kitorang pergi tu tapi tak boleh la sebab terlalu banyak.. boleh refer details tempat tu dekat blog ni juga (menarik di bali).. sebelum aku nak pergi bali aku baca blog dia as reference tempat menarik yang patut pergi.. Panjang betul entry aku ni, tapi macam ada je yang tak complete. Ok la ni untuk kenangan.. disebabkan entry ni aku rasa nak honeymoon lagi.. abang jom holidayyyyyyyyyyy~


UPDATE 27/8/14
Ramai yang pm tanya dan sorry lambat update.. Ni Contact tourist guide kami sepanjang dekat Bali.. Mahathir (made) kalau tak silap nama dia.. 




11 comments

  1. salam..boleh bagi tak contact number mahathir tu? sy nk ke bali dalam masa terdekat ni..

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum awak, bestnya Bali. tak sabar nak jejak Indonesia. hihiii

    ReplyDelete
  3. Salam. Hee sungguh seronok honeymoon ke Bali kan.

    ReplyDelete
  4. Salam.. Saya nak tanya buffet breakfast tu halal tak? Thanks :)

    ReplyDelete
  5. Cost untuk tourist guide tu berapa...how much kena bayar dia

    ReplyDelete
  6. pasal bayaran made tu kena tnya dia sendiri la.. biasa dia mesti cakap bagi je berapa pun seikhlas hati.. korang survey la juga tourist guide lain dalam brapa.. biar la berbaloi dgn servis dia bg.. dia mmg terbaik..

    ReplyDelete
  7. Aslm

    Mcm mana awk set dgn tourist guide awk ye?through email dl ke kt sane br awk cr?

    ReplyDelete
  8. Aslm

    Mcm mana awk set dgn tourist guide awk ye?through email dl ke kt sane br awk cr?

    ReplyDelete
  9. Ada pergi bali bawak anak bini awal tahun aritu. Mgkin trip tak terancang. Tak jumpa apa yg best. Nak makan pun susah. So decide bali tak best. Bila baca artikel ni, nekad nk repeat next year. Info menarik. Tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...